MyIS Inovasi Sosial Perintis

Salah satu program oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bertujuan untuk menggalakkan penyertaan Mahasiswa, memupuk nilai keusahawanan dan menjadikan inovasi sosial sebagai prospek kerjaya di masa hadapan.

brand
hero-image shape shape
Mengenai MyIS Perintis

Inovasi Sosial Perintis Malaysia

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan peneraju Inisiatif Inovasi Sosial Malaysia Tahun 2021 dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) sebagai agensi pelaksana bagi inisiatif ini. Pelbagai program telah dirangka bagi memperkasa ekosistem inovasi sosial di Malaysia.

MyIS Perintis merupakan salah satu program bertujuan untuk menggalakkan penyertaan Mahasiswa, memupuk nilai keusahawanan dan menjadikan inovasi sosial sebagai prospek kerjaya di masa hadapan.

Maklumat Lanjut
about-image
MyIS Perintis

Objektif MyIS Perintis

Menggalakkan penyertaan Mahasiswa, memupuk nilai keusahawanan dan menjadikan inovasi sosial sebagai prospek kerjaya di masa hadapan.

Memupuk Nilai & Minda

Memupuk nilai dan minda inovasi sosial dalam kalangan mahasiswa dengan memberi tumpuan kepada projek akhir yang berpotensi dan memberi impak kepada komuniti.

Suntikan Modal Permulaan

Memberikan suntikan modal bagi memulakan perniagaan sebagai pemangkin semangat keusahawanan dalam kalangan mahasiswa.

Memupuk Semangat Juang

Memupuk semangat juang dan hidup berdikari bagi mempersiapkan graduan bagi menghadapi masa hadapan yang mencabar.

Membina Budaya Inovasi

Mengadakan program berterusan untuk membina budaya inovasi sosial dan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa.

shape
FAQ

Soalan Lazim

MyIS Perintis merupakan program pembangunan perintis inovator sosial mensasarkan pelajar tahun akhir Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mempunyai penyelesaian inovatif dan memberikan impak kepada komuniti setempat.

Pelajar yang menepati kriteria layak menerima:

  • Sesi Ko-Kurikulum -Mempelajari kaedah pembangunan projek yang berimpak sosial, bengkel teknikal yang akan diterajui oleh pakar industri, fakulti secara mingguan.
  • Train of Trainer (ToT) - Peserta akan memberikan latihan kepada pelajar lain bagi memperlengkapkan KPI program MySIAP.
  • Geran Start-upPeserta yang memenuhi kriteria MySIAP, LAYAK menerima geran sebanyak RM40,000.00 dan tersenarai sebagai Duta Inovasi Sosial (Cohort 2021)

Kriteria MyIS Perintis adalah seperti berikut:

  • Produk inovasi mampu milik dan mempunyai penyelesaian inovatif yang jelas (Specific);
  • Objektif projek yang boleh diukur dari segi impak kepada komuniti (Measurerable)
  • Hasil projek yang boleh dicapai (Achievable);
  • Projek inovasi sosial yang mudah untuk direplikasi dan pelan perniagaan yang mampan (Realistic); dan
  • Projek mampu siap didalam tempoh yang ditetapkan (Timely).
Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) sebagai pentadbir bagi program MyIS Perintis.
Penyertaan haruslah dibuat secara ONLINE dan boleh dimajukan permohonan tersebut melalui laman web rasmi program: www.mysiap.com.my
Ya. Pemohon perlu menunjukkan skop perbelanjaan secara terperinci sebelum geran seterusnya dapat disalurkan.
Geran akan disalurkan terus kepada pelajar tanpa melalui pihak ketiga

Objektif MyIS Perintis adalah seperti berikut:

  • Memupuk nilai dan minda inovasi sosial dalam kalangan mahasiswa dengan memberi tumpuan kepada projek akhir yang berpotensi dan memberi impak kepada komuniti.
  • Memberikan suntikan modal bagi memulakan perniagaan sebagai pemangkin semangat keusahawanan dalam kalangan mahasiswa.
  • Memupuk semangat juang dan hidup berdikari bagi mempersiapkan graduan bagi menghadapi masa hadapan yang mencabar.
  • Mengadakan program berterusan untuk membina budaya inovasi sosial dan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa.
Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia.
Geran yang ditawarkan sehingga RM40,000.000.
Program MyIS Perintis akan bermula April 2021 sehingga Disember 2021.
  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon MESTILAH pelajar Ijazah Sarjana Muda tahun akhir dari IPTA.
  • Setiap projek yang dihantar hendaklah projek tahun akhir yang telah LENGKAP.
  • Idea FYP yang dicadangkan WAJIB mempunyai ‘Lab Proof of Concept (PoC)’
  • Keutamaan diberikan kepada projek dengan minimum TRL 3 (mengikut Tahap Kesediaan Teknologi NASA).
  • Pemohon boleh membuat permohonan sendiri, tetapi persetujuan bertulis dari penyelia & universiti
  • Idea FYP mestilah asli dan inovatif DENGAN dan TANPA status Harta Intelek (IP) oleh IPTA masing-masing.
  • Pemohon diberi kebebasan untuk meneroka potensi komersial produk untuk jangka waktu yang dinyatakan tanpa gangguan.
  • Pemohon perlu memainkan PERANAN YANG AKTIF & MEMPUNYAI MINAT YANG TINGGI untuk mendaftar syarikat start-up sendiri jika terpilih.
Pelaksanaan MyIS Perintis akan dipantau oleh pihak Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Innovation and Technology Managers Association (ITMA).
Peserta akan diberikan pengiktirafan di Majlis Graduasi MyIS Perintis.
HUBUNGI KAMI

Berhubung dengan kami mengikut pilihan anda

Yayasan Inovasi Malaysia

Unit L3-E-1A & L3-E-1B,
Level 3,Enterprise 4,
Technology Park Malaysia
57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur, Malaysia.

Hubungi Kami

[email protected]

+603-88961714

Borang Hubungi Kami